Post Views: 117

Semalam telah berlangsungnya sesi menandatangani perjanjian usahasama dan penajaan bagi Liga M3 2023 bersama MY-SOCCER.COM di Petaling Jaya, Selangor.
Bagi Musim 2023, AFL akan memperkenalkan pemakaian Set Nama dan Nombor Eksklusif AFL bagi pertandingan anjurannya. Set Nama dan Nombor ini akan dicipta khas hasil usahasama dengan MY-SOCCER.COM untuk penyeragaman semua pasukan bertanding yang bakal dimulakan di peringkat Liga M3.
Sebagai permulaan, MY-SOCCER.COM berbesar hati menaja kos-kos penghasilan serta pemasangan Set Nama dan Nombor Eksklusif AFL ini kepada semua Pasukan Liga M3 2023 untuk set jersi ‘Home’ dan ‘Away’ yang pertama. Reka bentuk Set Nama dan Nombor Eksklusif AFL ini akan diperkenalkan kepada semua Pasukan pada Taklimat Liga M3 Februari ini.
Selain itu, hasil Kerjasama ini juga bakal menyaksikan kesemua Pasukan yang mengambil bahagian di Pertandingan anjuran AFL (Liga M3, M4 & M5) diberikan potongan harga yang eksklusif apabila berurusniaga dengan MY-SOCCER.COM. Bahkan, para peminat dan penggiat bola sepak amatur yang lain juga berpeluang untuk menikmati potongan harga istimewa menerusi kempen AFL x MY-SOCCER.COM yang akan dilancarkan tidak lama lagi.