Post Views: 74

“Banyak kepincangan kita tengok pada perlawanan yang lepas dan perkara ini akan kita atasi sebelum aksi berdepan Melaka FC, Sabtu ini.
“Berhadapan pelawat, ada kalanya lawan tidak menurunkan Guilherme De Paula dalam kesebelasan utama, mungkin ini antara senjata mereka selain corak permainan pantas.
“Kami akan turun dengan sedikit rombakan barisan pemain tetapi yang pasti pasukan tidak mahu keciciran mata yang menyebabkan pasukan semakin jauh jurang dengan dua pasukan dikelompok teratas saingan MBSB Bank Championship”.
-Ketua jurulatih Imigresen FC, Mat Zan Mat Aris-
Imigresen FC lwn Melaka FC
10 Jun 2023 (Sabtu) 4.45 petang
Stadium UPM, Serdang.