Post Views: 72

Penyerang Imigresen FC, Abdul Azim Rahim terus mengungguli takhta senarai penjaring terbanyak selepas minggu kesembilan MBSB Bank Championship 2023.
Meledak tujuh gol, Azim yang lebih mesra dengan gelaran Balo diekori rapat pemain Bukit Tambun FC, Syukur Saidin dan juga Mohammad Afeq Iqmal dari Manjung City FC dengan enam gol.
Pemain Harini Selangor FT, Mohd Zulkiffli turut menempatkan diri untuk berada dikelompok ketiga teratas senarai penjaring hasil ledakan lima gol.
Adakah Balo akan terus mempertahankan gelaran dimilikinya atau akan ada muka-muka baharu apabila saingan minggu ke 10 berlangsung minggu ini.