FESTIVAL TAHUN MELAWAT MELAKA 2024, 14-16 JULAI 2023 @MATIC KUALA LUMPUR
Bersedialah untuk merasai keajaiban dan pesona Melaka yang menakjubkan di Perasmian Tahun Melawat Melaka 2024 di MATIC Kuala Lumpur pada 14 Julai 2023 (Jumaat), 8 malam dengan persembahan khas daripada penyanyi-penyanyi popular seperti Dato’ Hattan, Datuk Amy Search, Nabila Razali, dan Haziq Rosebi.
Jom sertai kami dalam festival yang berlangsung dari 14 hingga 16 Julai 2023 dengan pelbagai aktiviti yang menarik , persembahan kebudayaan, pameran dan jualan pakej pelancongan serta pengalaman menaiki BELON UDARA PANAS yang menakjubkan.
Nikmati pengalaman yang memukau, kebudayaan yang mempesonakan dan makanan yang lazat semasa festival ini berlangsung!
MANA LAGI? MELAKA LER…
YAB Datuk Seri Ab Rauf Yusoh
YB Datuk Wira Zaidi Bin Johari