Orang ramai dijemput hadir ke Majlis Pelancaran Tahun Melawat Melaka 2024 oleh YAB Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada 14 Julai 2023 (Jumaat) di MATIC Kuala Lumpur!
Sertai kami dalam perayaan penuh keceriaan dengan pelbagai aktiviti menarik seperti penerbangan Belon Udara Panas, Ride and Run di KL Car Free Zone, persembahan artis-artis tanahair seperti Datuk Hattan, Datuk Amy Search, Nabila Razali dan Haziq Rosebi, persembahan budaya yang memukau, pameran dan jualan makanan Melaka yang memikat selera, dan banyak lagi.
Mari sama-sama alami pesona Melaka dan cipta kenangan indah di Festival ini!
MANA LAGI? MELAKA LER…