“Bukan mudah untuk berada dalam kesebelasan utama pasukan yang dibarisi beberapa penyerang berpengalaman namun semua itu saya jadikan pembakar semangat.
“NorShahrul Idlan Talaha (Mat Yo) dan rakan sepasukan lain banyak membantu saya memberikan tunjuk ajar setiap kali saya turun beraksi.
“Tumpuan saya pastinya ingin terus meledak gol membantu kemenangan pasukan dan menambah koleksi peribadi (9 gol).
“Berhadapan Manjung City FC, pastinya kemenangan ingin kami cari”.
– Penyerang Harini Selangor FT, Mohd Zulkiffli Zakaria
Harini Selangor FT lwn Manjung City FC
15 Julai 2023 (Sabtu) / 8.45 petang
Stadium UPM, Serdang.