Masih terus kebal atau sebaliknya….
Pertembungan KL Rovers menentang Perlis United FC pastinya menarik dengan saingan sengit bakal disajikan.
Bagi KL Rovers selaku tuan rumah, rekod tanpa kalah selepas 13 perlawanan yang dipegang membuktikan keampuhan skuad bimbingan Wan Mustaffa Wan Ismail.
Perlis United FC pula hadir dengan kesebelasan utama dengan dua misi memburu kemenangan dan menamatkan rekod tanpa kalah tuan rumah.
Semua ini akan terlerai petang ini dalam 90 minit masa perlawanan yang akan kami bawakan siaran secara langsung menerusi Youtube Amateur Football League.
Tiada hujung minggu tanpa MBSB Bank Championship.
JANGAN LUPA LIKE SHARE N KOMEN