Selamat maju jaya buat KL Rovers dan Harini Selangor FT yang beraksi dalam saingan Piala Malaysia 2023.
Rekod cemerlang anak didik Wan Mustaffa Wan Ismail dalam saingan MBSB Bank Championship dengan rekod tanpa kalah selepas 14 perlawanan membuktikan segala-galanya buat KL Rovers.
Bagi Harini Selangor FT pula yang mendapat sentuhan jurulatih berpengalaman, P Maniam selain deretan bekas pemain Liga Super dan kebangsaan menjadi tunjang kekuatan pasukan dalam memberikan saingan kepada lawan.
 
Jumaat (4 Ogos 2023)
 
> KL Rovers lwn Terengganu FC
(Std Bola Sepak Kuala Lumpur / 8.15 mlm)
Siaran Langsung : Astro Arena (802/804) / TV Okey / Sukan RTM
 
> Harini Selangor FT lwn Sri Pahang FC
(Std Tuanku Abdul Rahman, Paroi / 9.00 mlm).
Siaran Langsung : Astro Arena (807)