Post Views: 43
Seramai 25 orang dari kontigen Malaysia telah menyertai acara ini yang diketuai oleh YB Datuk Abdul Razak bin Abdul Rahman, Exco Pelancongan, Warisan, Seni & Budaya Negeri Melaka merangkap Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah Institut Warisan Melaka (INSWA) dan turut disertai bersama YB Datuk Hajah Kalsom bin Noordin, Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti Negeri Melaka serta Encik Sa’ari bin Basiron, Pengurus Besar Bahagian Promosi Pelancongan, JKMM dan Puan Erne bte Hamsah, Pengurus Besar Melaka World Heritage.
Acara ini telah disempurnakan oleh Mr. Giacomo Porcu, Datuk Bandar Uta, Sardinia serta Mr. Romano Massa, Presiden Council International Organization Folklore Festival (CIOFF) Itali. Majlis bermula dengan perarakan kebudayaan yang disertai enam buah negara iaitu Ireland, Amerika Syarikat, Uruguay, Itali dan Malaysia. Jumlah peserta yang menyertai festival ini adalah 200 orang termasuk beberapa kumpulan tempatan yang turut sama – sama menyertai festival ini.
Menjadi momen yang lebih membanggakan lagu Negaraku berkemundang di dalam acara berkenaan. YB Datuk Abdul Razak Abdul Rahman juga telah menyerahkan cenderamata kepada Presiden CIOFF Itali iaitu Mr. Romano Massa dan mempromosikan Tahun Melawat Melaka 2024 kepada masyarakat di Itali.
Dalam program ini, INSWA turut menyertai jelajah festival ini di setiap kawasan yang terdapat di Kepulauan Sardegna, Itali dan membuat persembahan di Ussana, Suelli, Susta, Quartucciu, Uta, Nurri, Assemini, dan Decimomannu. Anggaran penonton yang telah menyaksikan persembahan sepanjang tour ini adalah lebih 10 ribu orang dimana Kepulauan Sardegna, Itali ini mempunyai kapasiti penduduk kurang dari 100 ribu orang. Jelajah bagi acara ini akan berakhir pada semalam iaitu 06 Ogos 2023 di kawasan Masainas, Itali.
Kerajaan Negeri Melaka Ab Rauf Yusoh Abdul Razak Abdul Rahman Aktiviti Datuk Zaidi Attan Zaidi Attan Zaidi Bin Johari Tourism Melaka MelakaFirst Melaka Daily Melaka Hari Ini Sardegna Live MelakaExplorer


