PERTANDINGAN ‘JOM SELFIE’ & MENANG SEMPENA TAHUN MELAWAT MELAKA 2024 ANJURAN MAJLIS BANDARAYA MELAKA BERSEJARAH.
 
SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN
i) Peserta pertandingan perlulah menggunakan akaun peribadi Facebook masing-masing. Tidak dibenarkan menggunakan akaun ‘page’ atau ‘groups’ Facebook.
ii) Peserta merupakan warganegara Malaysia
iii) Peserta perlulah ‘tag’ atau menanda akaun Facebook Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah bagi setiap gambar yang dimuatnaik di akaun masing-masing.
iv) Lokasi gambar tersebut perlulah berada di dalam kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah sahaja.
v) Gambar tersebut perlulah mengikut kreativiti masing-masing
vi) Tiada had umur ditetapkan untuk penyertaan ini
vii) ‘Fake accounts’ atau akaun palsu akan automatik tidak layak menyertai
 
PENYERTAAN
Tarikh pertandingan bermula dari 1 Ogos 2023 sehingga 31 Ogos 2023.
 
KRITERIA PEMENANG
* Pemenang akan dikira berdasarkan kriteria markah seperti dilampiran:
* Pemenang akan dihubungi melalui surat rasmi/telefon/ email/ serta Facebook rasmi Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah
* Gambar selfie yang di tag di akaun rasmi Facebook MBMB boleh digunakan oleh pihak Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah
* Sebarang keputusan juri adalah MUKTAMAD.
Mana Lagi, Melaka Ler…