Post Views: 40
Setelah mengharungi 69 perlawanan selama 10 minggu di peringkat zon, 8 pasukan ini dipilih secara merit atas pencapaian mereka di zon masing-masing.
Lapan pasukan dari tiga zon iaitu Temerloh, Jengka dan Kuantan bakal bersaing merebut gelaran pasukan amatur terbaik di Pahang.
Di Zon Temerloh, pasukan yang akan membawa cabaran ke peringkat kalah mati adalah Semantan Troopers FC, Lipis Fighter dan diikuti oleh DACS Temerloh FC.
Zon Jengka pula, Juara Zon, Parot FC diiringi Jerantut AR FC dan Eryna Tomyam FC ke peringkat suku akhir.
Bagi Zon Kuantan, MFT akan meneruskan saingan ke peringkat Grand Final diiringi FC Belacan.
Pasukan manakah yang akan mara ke peringkat seterusnya !!!!
Sama-sama kita nantikan dan saksikan!

