Post Views: 31
Ketahui hak anda sebagai seorang pengguna. Jangan biarkan diri anda menjadi mangsa dan tertindas dengan penipuan apabila menjalankan aktiviti jual dan beli. KPDN prihatin dengan kerugian yang anda alami.
Pengguna yang bijak cakna akan hak-hak mereka sebagai seorang pengguna. Cakna dengan segala maklumat yang disampai di saluran media sosial Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup.
Gunalah kemudahan EzAdu apabila anda ditindas dalam aktiviti jual beli barangan yang berkuantiti besar.
Pengguna Berdaya, Negara Rahmah Sejahtera
