Post Views: 56
Ketua pasukan Bunga Raya FC, K Ravindran kini mendahului status penjaring terbanyak selepas lapan perlawanan dalam Zon 1.
Bukan sahaja gah selaku jeneral diatas padang K Ravindran juga membuktikan bisanya selaku peledak dengan 10 gol terhasil.
Mengekori rapatnya adalah bekas pemain kebangsaan dan Liga Super, Rozaimi Abd Rahman yang kini memperkuatkan Machan FC dengan perbezaan hanya tiga gol.
Rakan sepasukan K Ravindran iaitu Kalaiarasan Murugan turut menempatkan diri dikalangan empat pemain yang menjaringan enam gol bersama-sama Mohamad Arisazri Juhari (JAKIM FC), Sufizal Ismail (Mukah YT FC) dan Muhammad Fakhrur Razi.
