Mungkin kita tertanya-tanya sebelum ini bagaimana caranya untuk membandingkan harga antara kedai-kedai yang biasa kita pergi. Dan bila tiada solusi untuk persoalan itu, kita terus sahaja ambil jalan mudah dengan hanya terus membeli tanpa perlu berfikir panjang.
 
Bukankah kita diseru agar menjadi seorang pengguna yang berhemah dalam perbelanjaan? Dengan itu, pihak kerajaan melalui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara hidup cakna akan masalah yang dihadapi oleh anda dengan membangunkan aplikasi Price Catcher.
 
Tidak sekadar membantu anda untuk lebih bijak dalam berbelanja, malah membantu anda untuk lebih berjimat. Budayakan sikap bandingkan harga dengan aplikasi mudah hanya di hujung jari, semestinya Price Catcher menjadi menjadi panduan sebelum membeli.
 
Price Catcher kan ada!
 
Pengguna Berdaya, Negara Rahmah Sejahtera