Berpindah ke kawasan baru mungkin tidak menjadi masalah, tetapi yang menjadi masalah pasaraya berdekatan mana yang boleh dikunjungi. Mungkin boleh sahaja kita bertanya kepada jiran-jiran, tapi bukankah lagi mudah jika hanya terus menggunakan aplikasi Price Catcher?
 
Bukan sekadar boleh membandingkan harga, Price Catcher juga turut dilengkapi dengan perincian yang membolehkan pengguna untuk mencari pasaraya berdekatan untuk membeli barangan. Mudah bukan? Hanya muat turun secara percuma, mencari premis untuk berbelanja di kediaman baru bukan lagi masalah.
 
Kerajaan cakna akan setiap masalah yang dihadapi oleh para pengguna. Inisiatif membangunkan aplikasi ini adalah salah satu usaha untuk memperkasa hak pengguna. Dengan bantuan aplikasi Price Catcher kita realisasikan impian menuju sebagai seorang pengguna bijak.
 
Price Catcher kan ada!
 
Pengguna Berdaya, Negara Rahmah Sejahtera