Kerajaan menetapkan harga siling runcit semasa bagi ayam standard adalah RM9.40 sekilogram, manakala harga siling runcit telur bagi Gred A pada 45 sen sebiji, Gred B (43 sen sebiji) dan Gred C (41 sen sebiji) masing-masing di Semenanjung.
 
Sementara Langkawi, Sabah, Sarawak dan Labuan, harga maksimum kedua-dua makanan itu adalah berbeza mengikut zon dan daerah
 
Penetapan harga maksimum ayam dan telur ayam telah berkuatkuasa sejak 12 Oktober 2022.