Post Views: 24
Kolaborasi bersepadu antara Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) serta Penguat Kuasa Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (КРКМ) adalah untuk menjaga hak dan kepentingan pengguna, memastikan bekalan beras yang mencukupi, dan mengawal harga dengan teliti.
Laporan OPS JAMIN merekodkan dari 7 Julai hingga 2 September 2023, sebanyak 1,053 pemeriksaan telah dijalankan di peringkat pengilang, pemborong, peruncit, dan lain-lain peringkat dalam rantai bekalan beras. Selain itu, 47 aduan telah diterima daripada orang ramai mengenai isu berkaitan dengan harga, bekalan, dan lain-lain berkaitan beras.
Ini adalah langkah proaktif kementerian untuk memastikan bahawa bekalan beras mencukupi dan harga adalah stabil serta terkawal. Di samping menunjukkan bahawa pihak kerajaan sentiasa peka kepada kebimbangan rakyat dan bertindak balas dengan segera.
