Majlis penyampaian hadiah disempurnakan EXCO Komunikasi dan Multimedia, Belia, Sukan dan Badan-Badan Bukan Kerajaan Pahang, Yang Berhormat Fadzli Mohamad Kamal.
Turut hadir Pengerusi Liga Amatur Pahang, Tuan Haji Azril Rizal Yusof Mohd Sarit, Pengarah Pembangunan Komuniti dan Generasi FELDA, Nik Hasrul Mohd Zainuddin, Pengurus Besar FELDA Wilayah Jengka, Mohd Termizi Lee, Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Negeri Pahang, Puan Norlia Abdul Manaf, Pengarah Teknikal Persatuan Bolasepak Negeri Pahang, Encik Tajuddin Nor dan Ketua Pegawai Operasi Amateur Football League (AFL) Mohd Raimi Fakri Mohd Fuad.