Diletakkan sebagai pasukan pilihan dan Zon 2 (Timur) melangkah lebih jauh, YPM FC nyata menepati ramalan selepas hanya tewas sekali, seri dua sebelum meraih mata penuh dalam lima perlawanan untuk mengumpul 17 mata.
 
Hanya tewas sekali pada aksi pertama pusingan kedua, pasukan yang berpengkalan di Kuantan, Pahang bangkit mengutip mata sebelum menang pada dua aksi terakhir.
 
Melihatkan aksi YPM FC yang bakal beraksi selaku pasukan tuan rumah, tentangan sengit pasti diberikan selain barisan pemain yang berpengalaman juga dilihat antara faktor dan juga penyuntik semangat untuk memenangi perlawanan ini.
 
JAKIM FC pula yang bermula agak perlahan pada awal kejohanan mula mempamerkan taring dipusingan kedua apabila merekodkan kemenangan pada tiga perlawanan terakhir selain mencatatkan jumlah jaringan yang besar ketika menewaskan Cyberfox FC.
 
Hadir dengan satu matlamat iaitu kemenangan skuad yang dibimbing jurulatih berpengalaman Mohd Nik ini dilihat memiliki kekuatan dari segi barisan pemain muda yang proaktif dan tidak pernah mengenal erti jemu dalam memburu kemenangan setiap kali beraksi.
 
Mampukah YPM FC bergembira dilaman sendiri atau JAKIM FC tersenyum lebar melangkah ke pentas separuh akhir …
 
Laluan ke pentas Suku Akhir Al Ikhsan Cup 2023
 
YPM FC
 
> PUSINGAN 1
CF KUANTAN CITY FC 1 – 2 YPM FC
YPM FC 4 – 2 WTS FC
YPM FC 1 – 1 UITM UNITED
REAL CHUKAI FC 1 – 4 YPM FC
 
> PUSINGAN 2
YPM FC 0 – 1 CF KUANTAN CITY FC
WTS FC 1 – 1 YPM FC
UITM UNITED 0 – 1 YPM FC
YPM FC 1 – 0 REAL CHUKAI FC
*LAYAK SELAKU JUARA ZON 2 (TIMUR)
 
JAKIM FC
 
> PUSINGAN 1
MPPD FC 1 – 1 JAKIM FC
JAKIM FC 1 – 2 BUNGA RAYA FC
JAKIM FC 2 – 1 MAHSA CITY FC
CYBERFOX FC 0 – 2 JAKIM FC
REPUBLIC OF BORNEO 1 – 4 JAKIM FC
 
> PUSINGAN 2
JAKIM FC 1 – 3 MPPD FC
JAKIM FC 0 – 0 BUNGA RAYA FC
MAHSA CITY FC 0 – 4 JAKIM FC
JAKIM FC 10 – 0 CYBERBOX FC
JAKIM FC 4 – 0 REPUBLIC OF BORNEO
 
*LAYAK SELAKU TEMPAT KETIGA TERBAIK ZON 1 (TENGAH)