Post Views: 26
Status skuad pilihan dalam Zon 1 (Tengah) dengan menamatkan saingan selaku naib juara, Bunga Raya FC bukanlah pasukan calang-calang selepas hanya dibezakan satu mata dengan MPPD FC yang menerajui Zon 1 dengan 22 mata.
Enam menang, tiga seri dan satu kekalahan memberi bayangan awal kemampuan skuad yang berpengkalan di Port Dickson ini untuk memburu slot separuh akhir berdepan UiTM United dilaman sendiri.
Bagi UiTM United pula, tewas pada perlawanan pertama bukanlah halangan buat mereka untuk terus bangkit memburu kemenangan sehingga melayakkan beraksi dislot suku akhir selaku naib juara Zon 2 (Timur).
Kemenangan 5-1 mengatasi CF Kuantan City FC pada aksi terakhir peringkat Zon memperlihatkan keyakinan dan kemampuan pasukan untuk pergi lebih jauh dalam saingan kali ini.
Laluan ke pentas Suku Akhir Al Ikhsan Cup 2023
BUNGA RAYA FC
> PUSINGAN 1
REPUBLIC OF BORNEO 0 – 5 BUNGA RAYA FC
JAKIM FC 1 – 2 BUNGA RAYA FC
BUNGA RAYA FC 2 – 1 CYBERFOX FC
BUNGA RAYA FC 3 – 3 MPPD FC
MAHSA CITY FC 1 – 1 BUNGA RAYA FC
> PUSINGAN 2
BUNGA RAYA FC 8 – 1 REPUBLIC OF BORNEO
BUNGA RAYA FC 0 – 0 JAKIM FC
CYBERFOX FC 0 – 7 BUNGA RAYA FC
MPPD FC 2 – 0 BUNGA RAYA FC
BUNGA RAYA FC 4 – 0 MAHSA CITY FC
*LAYAK SELAKU NAIB JUARA ZON 1 (TENGAH)
UITM UNITED
> PUSINGAN 1
UITM UNITED 1 – 3 REAL CHUKAI FC
YPM FC 1 – 1 UITM UNITED
UITM UNITED 3 – 1 WTS FC
CF KUANTAN CITY FC 0 – 2 UITM UNITED
> PUSINGAN 2
REAL CHUKAI FC 1 – 2 UITM UNITED
UITM UNITED 0 – 1 YPM FC
WTS FC 1 – 0 UITM UNITED
UITM UNITED 5 – 1 CF KUANTAN CITY FC
*LAYAK SELAKU NAIB JUARA ZON 2 (TIMUR)
