Post Views: 18
Buruan dua tempat terbaik dalam saingan Al Ikhsan Cup 2023 kini semakin hampir dengan empat pasukan akan berentap di pentas separuh akhir.
Machan FC terus gah dengan rekod tanpa kalah dan menanti kunjungan UiTM United di Stadium Negeri, Kuching.
YPM FC pula akan berdepan MPPD FC di Stadium Mini SSMP, Gambang yang pastinya menarik untuk disaksikan komuniti bola sepak AFL dan tempatan.
Pemenang bagi kedua-dua perlawanan ini akan beraksi dipentas akhir yang dijadualkan awal Oktober ini dan apa yang pasti slot MBSB Bank Championship 2024 menjadi milik mereka berdua.
Kedua-dua aksi separuh akhir ini akan kami bawakan siaran secara langsung menerusi Facebook : Amateur Football League.
Bagi yang berdekatan dengan stadium, jangan lupa untuk sama-sama hadir ke stadium untuk memberikan semangat buat pemain pasukan kesayangan anda semua.
