Post Views: 12
Bahagian Penguat Kuasa akan terus menjalankan pemeriksaan kepada barang-barang keperluan asas pengguna untuk memastikan bekalan kepada masyarakat sentiasa tersedia untuk kegunaan harian.
Berdasarkan statistik penguatkuasaan di bawah OPS JAMIN oleh KPDN sehingga 18 September 2023, sebanyak 6,141 pemeriksaan telah dilakukan di seluruh Negara melibatkan pelbagai peringkat rantaian pengedaran termasuklah di peringkat pengilang, pemborong dan peruncit.
Manakala sebanyak 175 aduan melibatkan aduan harga, bekalan dan lain-lain berkaitan beras diterima dalam tempoh yang sama dan telah disalurkan kepada KPKM untuk tindakan lanjut.
