Post Views: 42
“Lawan memiliki beberapa bekas pemain kebangsaan yang berpengalaman berbanding dengan kami namun itu bukan halangan untuk memberikan saingan sengit dan meraih kemenangan.
“Bagi kami mungkin kelebihan dari segi aksi positif pemain-pemain muda yang saya lihat begitu bersemangat memburu slot MBSB Bank Championship 2024, buat masa ini kami pun belum pernah tewas dalam kejohanan ini.
“Kehilangan beberapa tonggak utama mungkin menjejaskan sedikit perancangan pasukan namun kita juga memiliki pemain yang berkualiti itu mengisi kekosongan yang ditinggalkan.
“Apabila sudah berada diperingkat kian hampir dengan kejuaraan, kami tidak boleh lepas peluang, saya sering tekankan kepada pemain inilah masa terbaik untuk mencipta sesuatu buat diri sendiri dalam karier bolasepak”.
– Pengendali MPPD FC, Adnan Md Din-
Separuh Akhir Al Ikhsan Cup 2023
YPM FC lwn MPPD FC
23 September 2023 (Sabtu)
Std Mini SSMP, Gambang / 4.15 petang
