Post Views: 46
Op Jamin yang bermula sejak 7 Julai lalu sudah melakukan 37 pemeriksaan membabitkan 2,322 premis kilang, borong dan runcit di seluruh negara, dengan 142 aduan diterima melibatkan isu bekalan serta harga beras. Antara aduan yang banyak diterima adalah berkaitan jurang harga yang sangat tinggi antara beras putih tempatan (BPT) dan beras putih import (BPI).
Pelbagai inisiatif dan program bagi memastikan ketersediaan dan keberadaan beras tempatan telah dijalankan antaranya Program Khas Beras Putih Tempatan yang menyaksikan unjuran tambahan BPT sebulan sebanyak 23,000 tan metrik. KPDN komited akan memastikan kekerapan pemantauan penguatkuasaan terhadap harga dan bekalan sepanjang masa demi kesejahteraan rakyat.


