Post Views: 36
Pertembungan dua jaguh bagi menoktahkan kejuaraan Al Ikhsan Cup 2023 milik siapa akan mempertemukan UiTM United dan YPM FC.
Kedua-dua pasukan memiliki kelebihan dan kekuatan masing-masing pastinya ingin menamatkan kejohanan dengan gelaran kejuaraan.
Berada dalam Zon 2 (Timur) yang sama diperingkat awal, UiTM United dan YPM FC tentunya sudah mengetahui kekuatan masing-masing.
Perlawanan yang akan diadakan di Stadium UiTM Shah Alam ini juga akan kami bawakan siaran langsung menerusi Facebook Amateur Football League.
