Program Jualan Rahmah ini bukan sahaja tertumpu pada kategori B40, ianya merangkumi semua lapisan masyarakat kerana ini adalah platform untuk rakyat Melaka dan sekitarnya mendapatkan bekalan barang-barang keperluan harian.
Program Jualan RAHMAH yang diadakan pada 30 September ini menawarkan 15 sehingga 25 item barang keperluan harian yang terdiri daripada barangan kering dan basah. Barangan keperluan ini dijual dengan harga 10 hingga 30 peratus lebih murah daripada harga pasaran tempatan.