Post Views: 45
Objektif utama PJR adalah untuk menawarkan barangan keperluan harian kepada masyarakat setempat pada harga yang mampu dimiliki. Penganjuran Program Jualan Rahmah yang telah berlangsung di seluruh negara, kini telah merekodkan kehadiran melebihi 3.4 juta orang.
Semestinya usaha ini adalah bentuk prihatin KPDN dalam membantu meringankan beban kos sara hidup rakyat dengan krisis ekonomi yang melanda. Anda layak untuk hadir bersama bagi memperoleh barangan keperluan yang menawarkan harga yang berpatutan.
Rujuk sahaja KPDN negeri anda untuk tahu lokasi PJR yang seterusnya.
