Setiap manusia menghadapi ujian yang pelbagai dalam perjalanan hidup. Namun satu kunci yang sama menguatkan kita adalah sifat sabar yang terus menerus menjadi pembakar semangat. Sabar juga adalah simbolik ketenangan jiwa yang kita cuba untuk teruskan sematkan di dalam diri agar minda sentiasa positif.
Sabar juga melibatkan kemampuan mengendalikan emosi yang dapat membantu masyarakat menjalani kehidupan dengan bijak serta penuh keberanian.