Post Views: 65
Penyerang Imigresen FC, Azim Rahim sah dinobatkan selaku penjaring terbanyak MBSB Bank Championship 2023 selepas menjaringkan 24 gol sepanjang 26 perlawanan yang berlangsung.
Azim atau lebih mesra dengan panggilan Balo mempamerkan aksi konsisten setiap kali turun beraksi dan agak janggal jika Imigresen FC menang tanpa catatan nama Balo selaku penjaring.
Mampu melakukan rembatan padu dengan kaki kanan mahupun kiri, nama bekas pemain Felda United, Kuala Lumpur City dan Penang FC ini pastinya mula menitir dibibir pasukan-pasukan untuk saingan musim akan datang.
Majlis penyerahan Anugerah penjaring terbanyak MBSB Bank Championship 2023 telah disempurnakan Ahli Lembaga Pengarah AFL, Encik Farhan Ibrahim sejurus tamat perlawanan.
Tahniah Balo β¦.Anda sememangnya layak !!!!
