
“Mosh pit” adalah sebuah bulatan besar yang dibuka di dalam sesebuah konsert punk atau rock untuk melakukan mosh iaitu tindakan menendang, memukul dan saling menindih antara satu sama lain secara rawak. Ia juga disebut sebagai Slam Dancing. Istilah ini diterima pakai daripada budaya yang dicipta oleh senario muzik punk dari England yang telah muncul dan berkembang sejak 1970. Di England, mosh pit lebih dikenali sebagai tarian pogo, yang bermaksud perkataan “pow” dan “go”.
Ada juga daripada beberapa kelompok yang menilai fenomena ini sebahagian daripada sukan fizikal yang ekstrem dan memenatkan. Ada juga yang menganggap ini cara berseronok di konsert untuk menghilangkan stres dan melepaskan kemarahan dalam diri. Penonton juga dikatakan juga bertindak untuk memulakan mosh pit untuk meraikan muzik yang mereka gemari dan seakan untuk menjiwai lagu tersebut kerana dikatakan lebih menyeronokkan dan puas hati.
