
Isabella ialah sebuah lagu dendangan kumpulan Search yang diterbitkan menerusi album studio ketiga mereka, Fenomena pada tahun 1989. Lagu Isabella telah mencipta fenomenanya sendiri apabila ia telah menjadi terkenal sehingga ke tanah seberang.
Dengan melodi merdu ciptaan m.nasir, diiringi lirik indah nukilan Bob Lukman, tidak hairanlah mengapa lagu ini sangat diminati dan diingati oleh setiap golongan lapisan masyarakat.
Di arena muzik tanah air sendiri, lagu Isabella telah layak menyertai Anugerah Juara Lagu 1989 pada tahun itu. Mereka yang pertama kali menyertai pertandingan itu telah berjaya merangkul gelaran Juara menewaskan lagu dendangan kumpulan Ilusi dan Ramlah Ram. Lebih membanggakan, mereka juga menang kategori persembahan terbaik dalam pertandingan itu.
Lagu ini menceritakan dua insan yang saling bercinta tetapi tidak direstui kerana adat (agama) yang berbeza. Cinta sedih ini adalah kisah benar sejarah kejatuhan Islam Andalusia, antara seorang ibu bernama Aisyah Al-Hurra dan anak angkatnya bernama Isabell, seorang Ahlul-Bait atau zuriat keturunan Rasulullah SAW yang akhirnya memeluk agama kristian (murtad) dan berkahwin dengan King Ferdinand Sepanyol pada tahun 1490M. Isabella inilah tokoh wanita pertama diabadikan dalam stem USA kerana waktu itulah Christopher Columbus belayar ke India tetapi kapalnya tersesat mendarat di benua baru dan menemui orang berkulit merah, bukan hitam seperti kaum India (kemudian disebut Red Indian). Pelayaran itu ditaja oleh King Sepanyol & Isterinya untuk mencari kepala umat Islam dengan tawaran tukaran emas.

Lagu Isabella ini juga merupakan kisah benar dari penulis lirik tersebut iaitu Allahyarham Bob Lukman. Ketika itu, King Studio saling tidak ubah seperti ‘rumah’ Bob kerana di situlah dia berumah tangga dan menghabiskan masa dek kerana kerjaya sebagai penulis lirik, khidmatnya sentiasa diperlukan oleh komposer pada bila-bila masa.Nasir keluar dari studio rakaman dan menyerahkan kaset meminta beliau membuat lirik. Beliau bertanya pada M. Nasir, nak tulis lirik apa, dan M.Nasir menjawab ‘Isabella’.Termenung beliau dan bercakap sendiri, apakah Isabella ini? Tiba-tiba beliau teringat pernah kenal seorang gadis berdarah campuran Melayu – Inggeris. Dari situ akhirnya beliau kembangkan jalan cerita Isabella.
Bob yang sudah menulis 350 lirik sepanjang bergelar penggiat seni berkongsi pandangan mengenai lagu Isabella yang disifatkan ramai sebagai sebuah naskhah muzik yang menakjubkan pernah dihasilkan oleh karyawan muzik tempatan.Namun begitu, tidak semudah itu, pengalaman Bob bercerita mengenai Isabella diterima oleh M. Nasir. Beliau berkata, tiga kali liriknya ditolak kerana plot penceritaan Isabella tidak memenuhi hasrat seniman itu.Selepas kali keempat baru okey. Itupun reaksi Nasir pada beliau ialah ‘bolehlah’. Namun, secara peribadi, penulis lirik tersohor negara itu menyifatkan, karya yang diilhamkan tiga dekad lalu tidak mencapai standard piawaiannya.
Menurut Bob, lirik yang ditulis ketika itu ketika dia masih muda dan belum matang dalam memahami falsafah kehidupan. Secara jujurnya beliau malu sebenarnya sebab tak pernah rasa standard penulisan beliau bagus.Beliau tak pernah terfikir (Isabella akan bertahan 30 tahun), tapi beliau sentiasa memberikan kredit pada melodi. Lagu itu ketika zaman M. Nasir. Itu (Isabella) masterpiece M. Nasir. Isabella ialah benchmark sebenarnya (pada industri muzik)