Mula aktif dalam industri muzik pada tahun 2005, Hujan yang mengetengahkan konsep indie rock alternatif ini sentiasa menghasilkan lagu-lagu hebat sehingga membuatkan ramai orang sukar melupakan karya-karya mereka.

Hujan

diterbitkan pada 18 Ogos 2008

Hujan merupakan album studio pertama yang dikeluarkan oleh kumpulan Hujan Album terbitan Noh Phrofile dan diedarkan oleh FMC Music, diterbitkan pada 18 Ogos 2008. Tujuh lagu di dalam album ini telah dikeluarkan sebagai single. Album memenangi kategori album terbaik pada AIM 16 ( Anugerah Industri Muzik). berikut adalah senarai lagu album Hujan :-

Mencari Konklusi

diterbitkan pada 18 Ogos 2009

Mencari Konklusi (digayakan sebagai mencarikonklusi) merupakan album studio kedua oleh kumpulan rock Malaysia,Hujan. Ia dikeluarkan pada 18 Ogos 2009 oleh Noh Phrofile Enterprise. Tiga lagu di dalam album ini dikeluarkan sebagai single.Berbanding album pertama yang mengandungi 14 lagu, Mencari Konklusi hanya memuatkan 7 lagu sahaja. Menurut kumpulan ini, “album ini lebih kepada EP berbanding LP”.

Mencari Konklusi dikeluarkan pada Julai 2009. Tiga lagu dikeluarkan sebagai single—”Mencari Konklusi”, “Kau Harus Ada” dan “Sangkar Besi di Hatiku”. Majlis pelancaran album ini diadakan di Hard Rock Cafe pada 9 Oktober 2009. Bagi mempromosikan album ini dalam format digital, Hujan bekerjasama dengan Metadome Sdn Bhd.Konsert jelajah bagi mempromosikan Mencari Konklusi berlangsung dari 4 Oktober sehingga 31 Oktober di seluruh Malaysia.berikut adalah senarai lagu album Hujan :-

Lonely Soldier Boy

Diterbitkan pada 25 November 2010

Lonely Soldier Boy ialah album studio ketiga oleh kumpulan rock Malaysia, Hujan yang dikeluarkan pada 25 November 2010. Ia merupakan album petama Hujan yang diterbitkan oleh Morning Rocket Sdn. Bhd. dan diedarkan oleh Warner Music Malaysia. Sebanyak lima lagu di dalam album ini telah dikeluarkan sebagai single. Lonely Soldier Boy menerima dua pencalonan di Anugerah Industri Muzik Ke-18.Berbanding album kedua, Mencari Konklusi yang hanya mengandungi 7 lagu, Lonely Soldier Boy memuatkan sebanyak 14 lagu sepertimana album pertama. Untuk album ini, Hujan masih mengekalkan ciri-ciri muzik alternatif biarpun mereka cuba bereksperimentasi dengan sesuatu yang baru.

Lonely Soldier Boy dikeluarkan pada 25 November 2010. “Muda”, “Inspektor Remos” dan “Lonely Soldier Boy” telah dikeluarkan sebagai single untuk album ini. Majlis pelancaran album ini diadakan pada tarikh sama, secara kerjasama dengan Warner Music Malaysia  dan Radio Era di Boulevard, pintu depan Berjaya Times Square, Jalan Imbi. Ia turut dihadiri oleh peminat setia Hujan dan para media yang dijemput khas.berikut adalah senarai lagu album Hujan :-