Post Views: 29
AMER Saidin bukanlah nama asing dalam dunia bola sepak tempatan dimana bakatnya mula diketengahkan dibawah kendalian Datuk Ong Kim Swee bersama Harimau Muda (2010 hingga 2011).
Menyertai KL Rovers dalam saingan Liga MBSB Bank Championship musim ini, peranan Amer dalam pasukan selaku pemain berpengalaman begitu memberikan impak yang mendalam buat pasukan.
Bergandingan padu bersama rakan sepasukan, Mohd Firdaus Mohd Faudzi dibenteng yang juga merupakan salah seorang pemain berpengalaman, elemen ini memberikan kelebihan buat KL Rovers.
Menginjak usia 31 tahun, pemain kelahiran Tasek Gelugor, Pulau Pinang ini telah merekodkan 12 gol disepanjang saingan liga menerusi tandukan dan juga sepakan percuma.
Prestasi konsisten yang dipamerkan setiap kali turun beraksi membolehkan dirinya sering menjadi pilihan utama Wan Mustaffa Wan Ismail selaku ketua pasukan.
Nama : Mohammad Amer Saidin
Tarikh lahir : 25 Julai 1992
Asal : Tasek Gelugor, Pulau Pinang
No jersi : 26
Pasukan terdahulu : Sarawak United FC, PJ City FC, JDT II, Harimau Muda A, Harimau Muda B
Posisi : Pertahanan Tengah
