Post Views: 31
KPDN sentiasa cakna kegusaran rakyat terkait dengan isu harga ayam yang diapungkan. Setakat 6 November 2023 dapat dilihat trend penurunan harga ayam dihampir seluruh negara. Langkah untuk menghapuskan subsidi ayam merupakan langkah positif yang bukan sahaja membantu ekonomi negara malahan limpahan nikmat turut dirasai oleh rakyat.
Walaupun trend harga ayam semakin menurun, Penguat Kuasa KPDN akan sentiasa melakukan pemantauan dari semasa ke semasa agar para peniaga meletakkan harga yang adil. Demi menjamin ekosistem perniagaan yang baik, para peniaga digalakkan untuk sentiasa mengamalkan budaya “win-win situation” semasa urusan jual beli berlaku.
