Insentif diskaun yang diperkenalkan kepada pengusaha Menu RAHMAH melalui Kad Diskaun Khas Menu RAHMAH sejak 2 November 2023 yang lalu telah mendapat sambutan yang menggalakkan apabila KPDN menerima 43 permohonan baharu kad diskaun khas tersebut.
Kad Diskaun Khas Menu RAHMAH merupakan inisiatif bersama 6 pasar raya (AEONBIG, MYDIN, NSK, GIANT, LOTUS’S dan ECONSAVE) selaku rakan strategik KPDN yang menawarkan diskaun sehingga 40% bagi pembelian barangan keperluan perniagaan.
Semua pengusaha restoran dan kedai makan yang berminat untuk menawarkan Menu RAHMAH bolehlah mendaftar segera di pautan https://menurahmah.kpdn.gov.my/ dan menikmati diskaun khas ini kelak.
—————————
Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi Sekretariat Perdagangan Pengedaran dan Industri Perkhidmatan (SPIP) di talian hotline 03-8882 5881/5905 atau melalui emel kepada spip@kpdn.gov.my