“Berpeluang menjalani latihan di England bersama pasukan Wolves FC yang memiliki fasiliti terbaik adalah peluang terbaik buat saya sepanjang berkecimpung dalam bola sepak.
“Pengalaman diraih sepanjang berada di England akan digunakan untuk menarik minat pasukan-pasukan dalam saingan MBSB Championship musim depan.
“Pemilihan ini juga membuktikan fizikal bukanlah halangan untuk seseorang pemain mencapai kejayaan diperingkat lebih tinggi, keazaman, keyakinan dan usaha berterusan adalah kunci kepada kejayaan.
“Terima kasih buat Amateur Football League, KL Rovers dan MBSB Bank Berhad atas peluang yang diberikan dan pastinya ia merupakan pengalaman berharga yang tidak ternilai”.
Nama penuh : Muhamad Ikmal Bin Mohd Idris
Nama gelaran : Eto
Umur : 26 Tahun
Asal : Johor Bahru,Johor
Tarikh lahir : 18 Februari 1997
No jersi : 7
Pasukan : Kuala Lumpur Rovers
Posisi : Tengah
• Suku Akhir Piala Presiden 2017 ( JDT III )
• Separuh Akhir Piala Presiden 2018 ( JDT III )
• Juara M3 2022 ( PIB Shah Alam FC )
• Piala Malaysia 2023 (Pusingan 16)
• Challenge Cup 2023 ( Suku Akhir )
• Naib juara MBSB Bank Championship 2023 (KL Rovers)