Kategori yang diberikan pengecualian untuk mengisi MDAC:
i) Semua warganegara Singapura;
ii) Pemegang Pasport Diplomatik dan Rasmi;
iii) Pemastautin Tetap Malaysia dan Pemegang Pas Jangka Panjang Malaysia;
iv) Sijil Pengenalan Biasa Brunei (GCI);
v) Pemegang Brunei Malaysia Frequent Traveller Facility;
vi) Pemegang Pas Sempadan Thailand; dan
vii) Pemegang Pas Lintas Batas (PLB) Indonesia;
Pengisian MDAC ini akan diwajibkan mulai 1 Januari 2024 kecuali kategori-kategori yang dijelaskan.
Malaysia Digital Arrival Card (MDAC)
Sila layari Sistem Pertanyaan Online (SPO) https://eapp.imi.gov.my dan https://www.imi.gov.my bagi mendapatkan sebarang informasi mengenai Jabatan Imigresen Malaysia