Gelaran kejuaraan Southern League M5 2023 sah menjadi milik RAS FC selepas menewaskan Bunga Raya FC II, 4-1 pada aksi yang berlangsung di Stadium UKM, Bangi, semalam.
Majlis penyampaian hadiah disempurnakan Ketua Pegawai Eksekutif Soccer ProConnection, Datuk Nooraini Anne Bechler, Naib Presiden Pemasaran /Jualan Industri EVONIK (Jerman), Penasihat Pengurusan Sukan SSFC, Dusan Momcilovic, Ketua Pegawai Operasi Amateur Football League (AFL), Mohd Raimi Fakri Mohd Fuad dan Pengarah Urusan SSFC Sports Management, Syah Juan Mohd Nor.
Tahniah buat RAS FC dan juga Bunga Raya FC II.