Sempena Pelaksanaan Zon Bebas Kenderaan di Banda Hilir Melaka, waktu penutupan jalan yang terlibat dilanjutkan tempoh masanya pada:
JUMAAT JAM 6:00 PETANG HINGGA AHAD JAM 12:00 TENGAH MALAM
(54 JAM ) bermula pada 22 Disember 2023
Jalan-jalan tersebut adalah :
Dari Jalan Istana, Jalan Mahkamah, Jalan Gereja – Lorong Gereja- Jalan Laksamana- sebahagian Jalan Tun Khalil Yaakob ( sebahagian jalan untuk laluan kenderaan ) – Jalan Parameswara – Jalan Kota – Jalan Istana
Sila rancang perjalanan anda dan berhati-hati semasa memandu …