De Aiman Cafe merupakan kedai makan terbaik untuk dikunjungi di Riviera Suites Melaka. Pemilik kedai Encik Danny Aiman bersama tukang masak dan pekerja lain menguruskan perniagaan kafe sejak September 2019. Persekitaran yang sangat minima, permata Riviera ini terserlah di sekitar Riviera Suites Melaka. Pemilihan nama De Aiman Cafe 62 diberi sempena nama pemilik kedai dan shoplot yang ke 62.
De Aiman Cafe menyediakan menu istimewa yang semestinya anda perlu cuba di sini. Mereka menyajikan Roti Arab yang segar dan hangat, keenakan Nasi Briyani, Nasi Kukus Ayam berempah dan masakan Melayu yang lain. Set Nasi Briyani Kambing dan Nasi Briyani Ayam masak merah merupakan kombinasi yang wajib dipesan. Makanan ringan pula disajikan pilihan cucur ikan bilis, cucur bawang, cucur udang dan keropok lekor. Mereka menawarkan makanan dan minuman dengan harga yang berbaloi mengikut saiz hidangan yang disediakan. Kami sangat mengesyorkan menu Roti Arab dihidangkan dengan kuah kari dan kambing. Dagingnya kekal lembut dengan roti Arab segar, mentega dan melenting!
Alamat: G-62, Jalan Baiduri 1, Taman Pulau Melaka, 75200 Melaka
Waktu operasi: Selasa-Ahad (11:30am-3:00pm) (6:00pm-9:30pm)
Hubungi: 06-2813600