Kota Belanda merupakan salah satu tumpuan pelancong di daerah Manjung. Pelbagai tempat yang cantik antaranya taman, corak landskap dan kedai cenderahati di sekitar Kota Belanda yang dijadikan tempat untuk bergambar selain dari monumen-monumen sejarah.
Fort Dutch atau Kota Belanda adalah sebuah kubu di Pulau Pangkor, Daerah Manjung, Perak. Kota Belanda merupakan tempat menarik di Manjung untuk anda kunjungi yang mana bentuknya seperti runtuhan bangunan atau kubu lama. Runtuhan itu adalah sisa-sisa peninggalan Belanda ketika dalam usaha untuk mengawal perdagangan di semenanjung Melayu. Kubu ini telah dibangun semula oleh muzium pada 1973 sebagai monumen sejarah dan bukti penjajahan Belanda.
Alamat: 32300 Pangkor Island, Perak
Waktu operasi: 8:00am – 6:00pm setiap hari