Pre Tea Q dimiliki oleh Hong Chatchai bermula dari tahun 2018 sehingga kini. Menu popular seperti grass jelly base, milk tea dan pelbagai jenis makanan western. Menu lain yang disediakan antaranya salad dan korean food. Jika anda mencari makanan dengan minuman teh, anda harus datang ke Pre Tea Q. Pre Tea Q adalah pilihan kedai minuman yang santai bagi perjumpaan anda bersama rakan-rakan.
Ruangnya luas bersama dekorasi minimalis dengan gabungan warna kedai putih dan ungu serta terdapat menu ringan kesukaan orang ramai seperti sandwic, roti dan pasta yang baru dibakar. Berbeza daripada minuman dan pencuci mulut, apa yang istimewa Pre Tea Q bawakan kepada anda ialah gabungan aroma, rasa dan kualiti teh import dari Taiwan. Pre Tea Q menampilkan secawan teh dengan wangian. Mereka menggunakan teh yang dipetik dan dicampur dengan air yang telah ditapis tiga hingga empat kali untuk memastikan teh dipenuhi dengan aroma dan memenuhi standard kami.
Selain itu, mereka juga memilih keladi dan keledek yang halus dan gebu untuk memperkayakan khasiat Yam Q dan Sweet Potato Q. Cuba gabungan tradisi dan inovasi yang memberikan rasa enak serta meninggalkan kenangan manis.
Alamat: No 11 & 13, Jalan KSB 16, Taman Kota Syahbandar, 75200 Melaka
Waktu operasi: 11:00am-10:00pm setiap hari
Hubungi: 06-2644535