Puff durian merupakan produk pertama dan popular di Taste Better. Kedai Taste Better terletak di Jalan Hang Jebat menjual puff durian asli dari buah durian sejak 2010 lagi. Durian yang digunakan hanya durian D24 dan D101 untuk dijadikan krim dalam puff durian. Puff durian menjadi kegemaran orang tempatan malah pelancong yang datang ke Melaka. Puff durian yang diletakkan di luar boleh bertahan selama 5 jam sahaja.
Bukan itu sahaja, aiskrim durian juga ada dijual di Taste Better. Rasanya yang lemak kurang manis cair di mulut menjadikan aiskrim durian diminati oleh orang ramai. Pilihan aiskrim bukan sahaja perisa durian malah ada perisa yogurt dan passionfruit. Aiskrim istimewa antaranya aiskrim mangga, cempedak dan coco banana mengikut musim buah yang elok. Kesemua puff durian dan aiskrim yang dijual menggunakan resepi sendiri yang dibuat setiap hari di kedai.
Alamat: 106, Jalan Hang Jebat, 75200 Melaka
Waktu operasi: 10:00am – 5:00pm setiap hari
Hubungi: 012-9286267