Baruh Glamping terletak berhampiran angin sejuk Pantai Puteri yang hanya 30 minit dari luar Bandar Melaka. Keluasan beberapa ekar, deria anda sekaligus meningkat dan ditenangkan dengan pemandangan pokok-pokok yang megah dan dusun yang sarat dengan buah-buahan harum. Di sini, burung langka yang bertenaga mencari perlindungan, rama-rama berkilauan dan pepatung merah menari di sepanjang singkapan berbatu sungai yang jernih.
Keindahan alam semula jadi dan aktiviti luar bebas boleh dilakukan di The Baruh Clamping. Pemilik The Baruh Clamping, Puan Anis Hartini mengembangkan idea asalnya hanya ingin membuka inap desa kepada glamping iaitu ‘glam’ bagi glamour dan ‘camping’ berkhemah. Pusat perkhemahan yang menghadap laut ini sesuai bagi seseorang yang minat dengan konsep santai dan melepak beramai-ramai dengan aksesori lampu berkelipan.
Kemudahan yang disediakan seperti kipas, penghawa dingin termasuklah tempat tidur yang selesa yang tidak memerlukan pengunjung membawa khemah sendiri. Aktiviti lain yang boleh dilakukan antaranya berbeku, memancing, mandi laut, berbasikal, bermain congkak dan menunggang kenderaan lasak. The Baruh Clamping merupakan tempat percutian yang paling menyeronokkan dengan harga yang berpatutan boleh dikongsi bersama.
Alamat: The Baruh Glamping, 76400 Tanjung Kling, Melaka
Hubungi: 019-3889015