Villa Sentosa dikenali sebagai muzium hidup yang menampilkan rumah kampung kayu tradisional Melayu. Seni bina vila Sentosa mempamerkan kehidupan masyarakat dan keluarga Melayu yang kaya raya pada waktu terdahulu. Bukan sahaja vila Sentosa boleh dilihat sebegitu malah terdapat lebih 100 rumah kampung tradisional di sekitar kampung Morten yang memperlihatkan keunikan rumah kayu tradisional. Hanya di kampung Morten, anda berpeluang melihat dan merasai sendiri tradisi dan budaya pembangunan kampung dalam kalangan masyarakat Melayu.

Terletak dalam jarak berjalan kaki dari pusat bandar Melaka, rumah tradisional yang unik ini mudah dijumpai. Jangan teragak-agak untuk mengagumi rumah tradisional Melayu lain di kawasan kejiranan yang sama. Walau bagaimanapun, Villa Sentosa sememangnya merupakan salah satu rumah yang paling cantik dan terpelihara dengan baik di kawasan tersebut. Bayaran masuk ke Villa Sentosa Melaka adalah berdasarkan sumbangan ikhlas dari pengunjung. Oleh itu, jangan berasa ragu-ragu untuk menderma sejumlah wang. Hal ini demikian kerana wang yang disumbangkan akan digunakan untuk penyelenggaraan rumah kayu tradisional yang indah ini. ‘Sentosa’ bermaksud keamanan, kemakmuran dan keharmonian yang anda sendiri akan rasainya lebih-lebih lagi suasana yang aman dengan pelawaan tuan rumah yang luar biasa. Encik Ibrahim membuka rumahnya kepada orang ramai pada tahun 1991 dan beliau menerima kira-kira 550 pengunjung setiap bulan. Walaupun vila tersebut bukanlah sebuah muzium kerana masih didiami oleh Encik Ibrahim sekeluarga, anda boleh meninggalkan sumbangan bagi menyokong usaha beliau memelihara rumah Melayu tradisional Melaka yang indah ini. Villa Sentosa dibuka setiap hari dari 9.30 pagi hingga 6 petang.

Alamat: Lorong Tun Mamat 1, Kampung Morten, 75300 Melaka

Waktu operasi: Setiap hari (9:30 pagi-6:00 petang)

Hubungi: 019-632 6650/06-2823988

Villa Sentosa is known as a living museum that features traditional Malay wooden village houses. The architecture of villa Sentosa showcases the life of a wealthy Malay community and family earlier. Not only villa Sentosa can be seen as such but there are more than 100 traditional village houses around Morten village that show the uniqueness of traditional wooden village houses. Only in Morten village, you can have the opportunity to see and experience for yourself the traditional traditions and culture of the village among the Malay community.

Situated within walking distance from the Malacca city center, this amazing traditional house is easily accessible. Also, don’t hesitate to admire other traditional Malay homes in the same neighborhood. However, Villa Sentosa is definitely one of the most beautiful and well-preserved homes in the area. The entry fee to Villa Sentosa Melaka is based on donations. Therefore, feel free to donate any sum of money. Keep in mind that the money goes to the preservation of this beautiful house. ‘Sentosa’ means peace, prosperity and harmony and this is exactly what you will find here: a peaceful atmosphere and an incredible host. Mr. Ibrahim has opened his home to the public in 1991 and he receives around 550 visitors per month. Although the villa is not exactly a museum since it is still inhabited by Mr. Ibrahim and his family, you can leave a donation to support his efforts of preserving this beautiful traditional Malay home in Malacca. Villa Sentosa is open every day from 9.30 am to 6 pm. 

Address: Lorong Tun Mamat 1, Kampung Morten, 75300 Melaka

Operation hour: Daily (9:30am-6:00pm)

Contact: 019-6326650/06-2823988