Zen Ceramic Art merupakan kelas pendidikan seni seramik yang boleh dihadiri oleh semua peringkat umur. Beroperasi pada tahun 2021 lagi tetapi telah dijenamakan semula di bawah Fun Ceramics yang telah bermula sejak 30 tahun dulu. Pengasas Zen Ceramic Art ialah Encik Ronald dan Puan Kimberly merupakan pengasas bersama. Idea Ceramic Art bermula daripada Encik Ronald sebagai pengasas yang mana mahu mempromosikan industri seramik di Malaysia serta memberi peluang kepada orang ramai untuk mempelajari seni seramik.
Antara bengkel aktiviti yang disediakan adalah tanah liat dengan binaan tangan, lukisan dan mewarna seramik dan lontar roda tembikar. Bengkel tembikar seramik sesuai untuk aktiviti kanak-kanak dan dewasa. Aktiviti yang dijalankan hanya menggunakan bahan tanah liat seramik. Harga bagi setiap bengkel aktiviti adalah berbeza bermula dengan harga RM25 ke atas. Jika anda berminat dengan bengkel seni seramik, anda boleh membuat temujanji terlebih dahulu kerana bilangan peserta adalah terhad bagi setiap sesi. Pihak Zen Ceramic Art juga membuat kepingaan seramik yang sesuai mengikut kepada permintaaan pelanggan.
Aktiviti seni seramik ini kerap kali diadakan di sekolah atas permintaan pihak sekolah sebagai aktiviti untuk kanak-kanak. Bukan itu sahaja, Zen Ceramic Art juga banyak mengikuti program kraftangan dan program-program luar yang lain sebagai mempromosikan seni seramik kepada semua golongan masyarakat. Seni seramik juga boleh dijadikan sebagai aktiviti keluarga pada hujung minggu di rumah bagi mengeratkan hubungan silaturahim.
Alamat: 3, Jln Belimbing 4, Tmn Widuri Bachang 75350 Melaka
Hubungi: 011-11171103